Friday, January 22, 2010

Futsal@ Cekak Hanafi


Sukacitanya dimaklumkan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Futsal. Seperti biasa Persatuan kita akan menghantar wakil untuk mewakili piersatuan kita untuk berentap di gelanggang futsal disana.

Diingatkan agar ahli-ahli bersiap sedia untuk mewakili Persatuan kita untuk berentap. Cuci kasut futsal anda sebaik mungkin. Kerana anda amat memerlukannya disana.

Hidup Cekak Hanafi!!

Monday, January 18, 2010

Kejutan Buat Bendahari Agung - Dayana Ramie


Pada malam kelas latihan 18 Januari 2010, Bendahari Agung Persatuan Dayana Ramie telah dikejutkan dengan sambutan hari jadinya. Pada mulanya, Saudara YDP menyuruhnya ke kelas latihan atas ada urusan rasmi untuk dibincangkan. Tetapi sebenarnya ad udang disebalik batu yang nyata udang disebalik batu itu memberi tuah kepada Dayana.

Ini merupakan satu penghargaan kepada beliau di atas jasa dan pengorbanannya yang telah bergiat aktif dalam persatuan selama 3 tahun berturut-turut. Bermula dengan Naib setiausaha pada 2007, Setiausaha Agung pada 2008 dan seterusnya Bendahari Agung pada 2009 hingga sekarang. Beliau antara ahli yang gigih dalam menaikkan nama Persatuan agar menjadi stabil semula.

Sambutan dimulakan dengan nyanyian harijadi untuknya sambil lilin yang menyala sedia untuk ditiup. Kami dari Pihak Persatuan mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Dayana Ramie walau sedikit terlambat.
















Lawatan Ke Rumah Guru Utama


Pada 17 Januari 2010, ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Uniten telah berkunjung ke Rumah Guru Utama. Lawatan ini adalah merupakan lawatan muhibah antara Guru dengan Murid. Hal ini disedari oleh ahli-ahli Silat Cekak Hanafi Uniten bahawa konsep Guru dengan Murid adalah elemen penting dalam Silat Cekak.

Seramai 10 orang telah berkunjung ke Rumah Guru Utama pada hari itu. Kami sampai dalam jam 2.00 petang tepat seperti yang dijanjikan dengan Guru Utama. Encik Marwi pada mulanya terlena menunggu kami menurut isterinya. Beliau agak kurang sihat pada hari itu namun kami tetap disambut dengan penuh senyuman dan keikhlasan.

Banyak pengalamannya yang dikongsi pada hari tersebut. Ternyata lawatan kali ini amat bermakna dan aktiviti seperti ini akan diteruskan agar hubungan Guru dan Murid akan lebih akrab.