Friday, November 21, 2008

Kelas Latihan Di KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor)


Pada 22 November 2008, penulis sempat berkunjung ke kelas latihan persilatan di KUIS. Berdasarkan gambar-gambar tersebut lihat sajalah bilangan mereka. Cemburu jugak rasanya kalau nak dibandingkan dengan kelas latihan kita. Kan segelintir ahli asas kita ada yang "datang tak datang tak datang datang". Hehehehehe.

Penulis juga sempat beramah mesra dengan Penyelia disana Abang Remy yang sentiasa senyum menyambut kedatangan penulis. Kelas mereka berlansung setiap hari sabtu jam 8 pagi hingga sebelas pagi. Jika hari yang lalu kita dah berkunjung ke kelas latihan UKM, kali ini kita telah bongkarkan juga misteri kelas latihan di KUIS. Hehehe.



Jika lihat pada ahli-ahli mereka yang belajar memang ada macam-macam ragam. Ada yang bersungguh, ade yang biasa-biasa saja. Tapi yang penting ahli perempuan kekal dengan keayuan mereka biarpun semasa bersilat. Kagum juga penulis lihat bilangan mereka yang berniat untuk belajar silat melayu asli ini. Abang Remy pulak sampai diakhir kelas hampir habis suaranya. Mana taknya ramai sungguh anak-anak buah mereka. Jadi UNITEN, kita juga haruslah menjadi seperti mereka. Harap-harap semangat yang ada dan pernah ada dalam diri kita dapat kita nyalakan semula. Bukan untuk kepentingan silat semata-mata. Tetapi harus diakui keuntungan akan beralih kepada diri anda juga, bukan pada orang lain.

Semoga Silat Cekak Hanafi KUIS akan lebih berkembang dan maju hendaknya.

No comments: