Monday, November 24, 2008

NUR HANAFI………Ustaz Hanafi Dalam Kenangan – Episod 3


Ustaz Hanafi dikatakan manusia luar biasa di zaman beliau atas sebab perwatakan dan keperibadian beliau. Beliau disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. Oleh kerana kita semua tidak ada lagi di dunia sewaktu di awal perkembangan Ustaz Hanafi, maka kami terpaksa menggunakan rujukan-rujukan tertentu untuk disiarkan dalam penulisan kami ini. Salah satu dokumen yang kami rujuk ialah dokumen kajian ilmiah yang telah dihasilkan oleh isteri Naib Presiden, Tn Hj Md Nasir Md Arshad iaitu Pn Hajjah Halimah Haji Ahmad (Kak Limah) pada tahun 1978 sewaktu Kak Limah belajar ditahun akhir di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kajian ilmiah (thesis) tersebut bertajuk ‘Hanafi Haji Ahmad dan Seni Silat Cekak’. Penulisan di dalam dokumen tersebut kami siarkan semula (dengan izin) untuk mengimbau noltalgia terhadap Ustaz Hanafi. Walaupun kami percaya ramai yang memiliki dokumen tersebut, tetapi mungkin ramai yang telah terlupa dan tidak tahu dimana letaknya. Atau mungkin juga ramai penuntut Silat Cekak sekarang yang tidak mengetahui tentang kewujudan dokumen tersebut. Kami percaya penuntut Silat Cekak zaman sekarang tidak didedahkan tentang dokumen tersebut.



Kami siarkan kembali kisah silam mengenai Ustaz Hanafi seperti yang tercatit di dalam kajian ilmiah tersebut dengan beberapa tambahan dan penyesuaian dibuat tetapi tidak melarikan fakta. Usaha ini adalah untuk memberitahu kepada generasi muda Silat Cekak supaya sedikit sebanyak dapat mengetahui dan mengenali siapakah dia Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Hayatilah bagaimana susahnya Ustaz Hanafi mencari ilmu dan telah berlajar dengan ramai guru-guru dalam berbagai bidang semata-mata untuk mencari kesimpulan tentang hidup dan kemudiannya untuk diturunkan kepada anak murid beliau. Pengajaran yang hendak Pak Kaduk sampaikan di sini ialah, untuk menjadi orang yang berilmu dan berpengetahuan, kita perlu berusaha dan mencari ilmu dan berguru dengan sesiapa yang mempunyai ilmu. Bukan hanya duduk diam dan mengharapkan orang datang mengajar kita. Ilmu pengetahuan tidak akan datang bergolek kepada kita kerana setiap ilmu itu perlu ada guru yang mengajarnya. Oleh itu kitalah yang harus berusaha untuk mendapatkan ilmu. Bukannya didapati secara ‘magik’ seperti mana ramai dari kita generasi sekarang fikirkan. Bukanlah semudah itu untuk menuntut ilmu.

Seperti yang telah kita ketahui, Ustaz Hanafi dilahirkan pada tahun 1923 di Kampung Sungai Baru, Mukim Gunong, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulong kepada tujuh orang adik beradik. Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 1947 semasa berumur 24 tahun. Hasil perkongsian hidup rumahtangga beliau, telah dikurniakan enam orang cahaya mata, lima lelaki dan seorang anak perempuan. Sekarang ini, kesemua anak-anak Ustaz Hanafi telah mendirikan rumahtangga dan tinggal di sekitar Kuala Lumpur bersama-sama keluarga masing kecuali anak yang bongsu perempuan yang masih tinggal bersama-sama ibu beliau di rumah peninggalan Ustaz Hanafi di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur.

Kita semua juga tahu bahawa Ustaz Hanafi adalah pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia setelah menerima ilmu Silat Cekak daripada Encik Yahaya Said, melalui Perkumpulan Seni Sari Budaya Seri Kedah. Selain memegang jawatan Guru Utama, beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Seni Silat Cekak, sebuah persatuan yang diasaskan oleh beliau untuk mengembangkan ilmu silat cekak. Sepanjang menjalankan tugas tersebut, Ustaz Hanafi juga mengajar ugama dengan mengadakan ceramah-ceramah ugama dan kursus tauhid. Sebelum mengasaskan silat ini, Ustaz Hanafi pernah mempelajari Tomoi Siam, Silat Sendeng, Silat Terelak dan akhir sekali Silat Cekak. Ustaz Hanafi meninggal dunia pada 13 Ogos 1986 di rumah beliau di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur pada usia 63 tahun. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Islam, Keramat Permai, Kuala Lumpur. Beliau meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Dan yang paling penting beliau telah meninggalkan PERJUANGAN beliau kepada kita untuk kita semua teruskan.

Perwatakan Ustaz Hanafi

Ustaz Hanafi adalah manusia yang ‘simple’ dalam kehidupan tetapi tegas dalam membuat keputusan. Ustaz Hanafi tidak mudah percaya kepada orang lain tanpa disertakan hujah dan sebab dan musababnya. Setiap perkara yang dinyatakan kepada beliau perlu dibuktikan kenyataannya samada benar ataupun tidak. Di waktu kecil, beliau merupakan seorang yang degil kerana tidak mengikut nasihat orang. Bila beliau dewasa, sifat tersebut masih kekal.

Beliau juga seorang yang bijak. Kebijaksanaannya membolehkan beliau berfikir dan merancang serta membuat keputusan sendiri tanpa meminta pandangan orang lain. Ustaz Hanafi juga seorang yang pandai berhujah, agresif, berjiwa Melayu tulen, bijak dan hanya menerima nasihat jika kena pada tempatnya. Beliau tidak suka menonjol diri, tidak suka diampu dan mengampu, pendiriannya tegas dan pandai menyesuaikan diri. Pakaiannya mengikut aliran zaman. Beliau juga seorang yang cergas, rajin membaca, cenderong pada keagamaan dan mempunyai jiwa dakwah yang kuat. Oleh itu Ustaz Hanafi memang lebih dari layak untuk menjadi seorang pemimpin.

Ustaz Hanafi juga suka menolong orang-orang yang susah, beliau tidak kagum dengan orang hartawan dan berpangkat. Fikiran beliau maju kehadapan dan dapat mengatasi pendapat orang lain dalam segala bidang samada agama, politik mahupun silat. Sejak dari kecil beliau merupakan seorang yang berani pada jalan yang benar, berani bertikam lidah dengan sesiapa sahaja dan berani mengeluarkan pendapat beliau. Fahaman kebatinannya terhadap Allah swt sangat dalam dan beliau suka mencari benda-benda ajaib yang berlandaskan agama Islam.

Ustaz Hanafi banyak mempelajari dari pengalaman beliau sendiri, melalui pembacaan yang luas dan guru-guru yang didampingi beliau. Peribadi beliau yang tidak mahu bertolak ansur dengan orang lain kerana berpendirian tegas. Beliau bukan merupakan seorang konservatif dan liberal dalam hal-hal yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Mempunyai fahaman yang luas dalam bidang agama. Mengkaji sampai ke intipatinya dan ajarannya mengenai Islam mudah difahami.

Anak-anak murid Ustaz Hanafi melihat beliau seorang yang sangat merendah diri, tidak mengaku pandai dan hebat, tidak suka merendah-rendakan martabat orang lain, tidak minta dihormati atau di sanjung. Beliau boleh diibarat seperti seorang bapa pada satu masa dan pada masa yang lain sebagai sahabat, guru agama dan guru silat. Ustaz Hanafi tidak kedekut dan makan duit anak murid. Beliau juga tidak suka berhutang. Pengetahuan agama beliau amat tinggi, amalan syariat beliau sangat dititik beratkan. Hatta walau kemana beliau pergi, beliau sentiasa tidak mengabaikan suruhan Allah swt. Beliau tidak membesar diri dan menunjuk-nunjuk, tidak meminta-minta. Beliau juga amat kasih kepada para anak murid dan pentadbir-pentadbir yang bersama beliau. Yang paling penting ialah Ustaz Hanafi tidak mengambil kesempatan ke atas anak murid beliau.

Kegemaran

Ustaz Hanafi amat berminat dengan silat. Beliau gemar membuat kajian tentang silat melayu yang di ada di kampung beliau dan juga kampung sekitar. Beliau juga seorang yang gemar membaca buku-buku berkaitan pahlawan-pahlawan Melayu, kelebihan wali-wali Allah, ugama Islam dan tentang perundangan Islam. Buku perundangan Islam karya Kiai Muhammad Fadullah Suhaimi dari Singapura merupakan buku yang diminati oleh beliau kerana Kiai Muhammad mempunyai fahaman yang sederhana. Kiai ini tidak memandang rendah fahaman-fahaman mazhab Islam seperti Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi.

Ustaz Hanafi juga mempunyai kegemaran yang agak aneh iaitu kegemaran menziarahi makam-makam pahlawan dan ulamak-ulamak yang soleh lagi keramat, umpamanya beliau pernah menziarahi makam Tuan Hussein di Titi Gajah, Tuan Sheikh Abdul Jalil, Mufti Negeri Kedah yang meninggal dunia lebih 200 tahun yang lampau di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah; makam Tok Pulau Manis di Terengganu, makam Tuan Syed Abdul Rahman di Kampung Paloh, Terengganu dan makam Syed Salleh anak Al-Marhum Hj Abdul Rahman Limbong juga di Terengganu.

Friday, November 21, 2008

Kelas Latihan Di KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor)


Pada 22 November 2008, penulis sempat berkunjung ke kelas latihan persilatan di KUIS. Berdasarkan gambar-gambar tersebut lihat sajalah bilangan mereka. Cemburu jugak rasanya kalau nak dibandingkan dengan kelas latihan kita. Kan segelintir ahli asas kita ada yang "datang tak datang tak datang datang". Hehehehehe.

Penulis juga sempat beramah mesra dengan Penyelia disana Abang Remy yang sentiasa senyum menyambut kedatangan penulis. Kelas mereka berlansung setiap hari sabtu jam 8 pagi hingga sebelas pagi. Jika hari yang lalu kita dah berkunjung ke kelas latihan UKM, kali ini kita telah bongkarkan juga misteri kelas latihan di KUIS. Hehehe.



Jika lihat pada ahli-ahli mereka yang belajar memang ada macam-macam ragam. Ada yang bersungguh, ade yang biasa-biasa saja. Tapi yang penting ahli perempuan kekal dengan keayuan mereka biarpun semasa bersilat. Kagum juga penulis lihat bilangan mereka yang berniat untuk belajar silat melayu asli ini. Abang Remy pulak sampai diakhir kelas hampir habis suaranya. Mana taknya ramai sungguh anak-anak buah mereka. Jadi UNITEN, kita juga haruslah menjadi seperti mereka. Harap-harap semangat yang ada dan pernah ada dalam diri kita dapat kita nyalakan semula. Bukan untuk kepentingan silat semata-mata. Tetapi harus diakui keuntungan akan beralih kepada diri anda juga, bukan pada orang lain.

Semoga Silat Cekak Hanafi KUIS akan lebih berkembang dan maju hendaknya.

Wednesday, November 19, 2008

NUR HANAFI………..Ustaz Hanafi Dalam Kenangan - Episod 2


Pada episod kali ini, ayuh kita kaji latar belakang dan perwatakan pemimpin agung yang sentiasa dikenang dan disanjung iaitu Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad. Pemergian beliau masih dirasakan walaupun sebenarnya beliau telah meninggalkan kita semua lebih 20 tahun yang lalu. Kekosongan yang beliau tinggalkan sehingga kini tidak dapat diisi oleh dua orang individu yang pernah menjawat jawatan Guru Utama. Ustaz Hanafi tetap hadir dalam diri setiap kita melalui perjuangan yang beliau tinggalkan. Maka atas sebab itulah, perjuangan beliau tetap kita teruskan walau apapun halangan dan cabarannya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Itulah Ustaz Hanafi, tetap segar dalam ingatan kita.
Ustaz Hanafi mendidik dengan cara hikmah, bukan dengan cara memaksa. Beliau ‘menarik’ golongan yang hina untuk bersama perjuangan beliau dan golongan tersebut menjadi manusia yang beguna hasil didikan beliau. Maka sudah semestinyalah, kita semua akan sentiasa mengenang dan merindui Ustaz Hanafi.
Ustaz Hanafi, hadirmu bak purnama, menerangi malam dan menyerikan suasana. Engkau laksana bintang yang bergemerlapan, tidak puas mata memandang….

Sebagai menghargai dan menyingkap kembali kisah Ustaz Hanafi ini, elok juga kita menyingkap tentang sejarah hidup beliau secara ringkas.

Ustaz Hanafi Hj Ahmad (1923 – 1986) - 63 tahun
Tahun 1923 - dilahirkan di Kg Sungai Baru, Mukim Gunong Alor Setar, Kedah

Tahun 1929 (6 tahun) -mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunong,Alor Setar Kedah



Tahun 1933 (9 tahun) -belajar di sekolah pondok Kampong Alor Goncah, Mukim Gunong, Alor Setar, Kedah

Tahun 1935 (11 tahun) -diberhentikan dari sekolah kerana dikatakan berkelakuan tidak baik walaupun beliau menafikannya.

Tahun 1936 (13 tahun) -menyambung pelajaran di pondok Guar Chempedak, Gurun, Kedah

Tahun 1937 (14 tahun) -berhenti dari sekolah pondok di Guar Chempedak

Tahun 1937 (14 tahun) - selepas behenti dari pondok di Guar Chempedak, beliau kembali ke kampung beliau dan belajar dengan beberapa guru sekolah pondok di kampung beliau dan juga bapa saudara beliau untuk beberapa tahun

Tahun 1942 (19 tahun) -mula bertemu dan belajar dengan Pak Ngah Sharif. Antara ilmu yang diperlajari adalah ilmu ketuhanan dan perubatan.

Tahun 1945 (22 tahun) -berhenti belajar dengan Pak Ngah Sharif selepas 3 tahun bersama guru tersebut

Tahun 1945 (22 tahun) -mula menjelajah ke seluruh tanah air untuk menjual ubat

Tahun 1946 (23 tahun) -menyertai bidang politik dengan menganggotai Parti Seberkas

Tahun 1946 (23 tahun) -bertemu Encik Yahaya Said untuk kali pertama ketika sedang menjual ubat

Tahun 1947 (24 tahun) - mendirikan rumah tangga

Tahun 1956 (33 tahun) - keluar dari Parti Seberkas

Tahun 1957 (34 tahun) -mula belajar dengan Pak Hj Zain Lebai Abdul Rahman
Tahun 1959 (36 tahun) - menyertai Parti Negara pimpinan Datuk Onn Jaafar. Bertanding dalam pilihanraya bagi Kawasan Langkawi sebagai calon Parti Negara tetapi tewas. Setelah tewas dalam pilihanraya, Ustaz Hanafi dan keluarga telah berpindah ke Lenggeng, Negeri Sembilan dan tinggal di sana selama satu tahun setengah.

Tahun 1962 (39 tahun) - kerana kehidupan yang susah di Lenggeng, beliau kembali ke Kedah dan meneruskan kerja menjual ubat di Pekan Rabu dan sekitarnya.
Tahun 1963 (40 tahun) -dilantik menjadi Pegawai Penerangan Pejabat Zakat dan kemudiannya beliau dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Penyelia Zakat bagi kawasan Kota Setar I. Beliau kemudian telah dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi Penolong Setiausaha Zakat , Jajahan Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah.

Tahun 1965 (42 tahun) -selepas selama satu tahun empat bulan berkerja sebagai pegawai zakat, Ustaz Hanafi mengambil keputusan berhenti dari kerja tersebut. Keputusan tersebut dibuat disebabkan suasana perkerjaan yang ditekan oleh unsur-unsur & tekanan politik

Tahun 1965 (42 tahun) -berniaga apam balik di Yala, Siam tetapi tidak lama selepas itu berhenti berniaga kerana tidak menguntungkan kerana kejatuhan matawang Siam. Pada tahun ini, beliau telah bertemu dengan Encik Yahaya Said untuk kali kedua pada bulan Disember tahun 1965. Silat Cekak dilahirkan kembali pada 28 Disember 1965 apabila 20 orang penuntut baru telah diijazahkan oleh Encik Yahaya Said. Ustaz Hanafi adalah salah seorang penuntut. Walaubagaimanapun kelas latihan silat belum dijalankan kerana tidak persatuan yang menaungi silat tersebut.



Tahun 1966 (43 tahun) - hasil usaha beberapa rakan dan beliau sendiri, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Sesi Silat, Perkumpulan Seni Seri Budaya Seri Kedah. Perkumpulan ini telah bersetuju digunakan sebagai perkumpulan yang menggerakan Silat Cekak. Selepas menjadi pengerusi Sesi Silat, maka Encik Yahaya Said telah dilantik secara rasmi oleh Perkumpulan Seni Seri Budaya Seri Kedah untuk menjadi Guru Silat. Selepas perlantikan tersebut, barulah kelas pertama Silat Cekak dimulakan. Kemudian kelas silat yang kedua telah dibuka di Telok Wan Jah, Kedah

Tahun 1968 (45 tahun) -kelas silat seterusnya dibuka di Sungai Petani, Kedah

Tahun 1970 (47 tahun) -berhijrah ke Kuala Lumpur, meninggalkan anak dan isteri beliau di Kedah.
Tahun 1971 (48 tahun) -di Kuala Lumpur , beliau telah cuba mengembangkan Silat Cekak. Beliau telah sekali lagi mencari persatuan yang boleh membantu beliau untuk mengembangkan silat ini. Kerana Silat Cekak pada waktu itu belum didaftarkan dan adalah menjadi kesalahan untuk menjalankan kelas silat tanpa persatuan atau pendaftaran rasmi. Beliau telah berjaya mendapat kebenaran persatuan bawean putra untuk menaungi silat ini. Beliau kemudian dilantik menjadi ahli dan juga ketua seksi seni silat Persatuan Bawean Putra, Kuala Lumpur (persatuan sepak raga jaring). Kelas pertama di adalah Kampung Bumiputera, Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur di buka. Seramai 12 orang telah mempelajari Silat Cekak.
Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia telah didaftarkan. Kelas kedua di Sungei Way dibuka pada 6 Disember 1971
Tahun 1973 (50 tahun) - membentang kertas kerja bertajuk ‘Silat Cekak Malaysia di Konvensyen Seni Silat Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mendapat tentangan dari pelbagai aliran persilatan termasuk Silat Kalimah, Gayung dan Lincah.

Tahun 1974 (51 tahun) -kelas pertama di IPT ditubuhkan iaitu di Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Julai 1974.

Tahun 1975 (52 tahun) -kelas kedua di IPT iaitu di Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM), Shah Alam ditubuhkan.
Kelas ketiga di IPT iaitu di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia) di tubuhkan.
Kelas keempat di IPT iaitu di Universiti Teknologi Malaysia ditubu

Tahun 1975 (52 tahun) -nama Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia telah ditukarkan kepada nama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada 15 April 1975.



Tahun 1976 (53 tahun)-kelas kelima di IPT iaitu di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang ditubuhkan. Kelas keenam di IPT iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia di tubuhkan pada tahun yang sama.

Tahun 1977 (54 tahun) -penubuhan cawangan Pulau Pinang pada 22 Januari 1977 dan kemudiannya cawangan di Ipoh, Perak pada 27 Mac 1977 ditubuhkan dan lain-lain cawangan pada tahun-tahun berikutnya.

Tahun 1980 - 86 - untuk enam tahun terakhir sebelum akhir hayat beliau, beliau telah banyak melakukan pembaharuan dan melakarkan kejayaan antaranya seperti pembinaan bangunan Silat Cekak, pembukaan kelas di cawangan-cawangan, menubuhkan Koperasi Gerak Jaya berhad, menubuhkan Kelab Sukan Seri Lading, pembukaan Mini Market Gerak Jaya di AU2, Taman Keramat, pembukaan pusat penjagaan kanak-kanak di AU5, Taman Keramat, terlibat ke atas penubuhan PESAKA

Tahun 1986 (63 tahun) -meninggal dunia di rumah beliau di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur

Friday, November 14, 2008

NUR HANAFI……Ustaz Hanafi Dalam Kenangan (Episod 1)


Semenjak 42 tahun yang lalu, nama Ustaz Hanafi telah bermain di bibir penuntut Silat Cekak atas jasa dan pengorbanan beliau melahir dan mengembangkan Silat Cekak ke alam maya. Penglibatan Ustaz Hanafi selama 21 tahun semasa hayat beliau telah meletakkan beliau setaraf dengan pejuang-pejuang nationalis bangsa sewaktu proses menuntut kemerdekaan dan juga sewaktu melawan penjajah. Berbeza dengan perjuangan menentang penjajah, Ustaz Hanafi berjuang untuk menegakkan tamadun bangsa Melayu melalui silat. Identiti silat yang dibawa oleh beliau adalah berindentitikan pendidikan dengan dimasukkan roh Islam sebagai asas kepada pergerakan Silat Cekak yang kemudiaannya digabungkan dengan adat dan istiadat bangsa Melayu dan selepas itu lahirlah apa yang di sebut Silat Cekak sebagai wadah perjuangan bangsa Melayu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Nama Ustaz Hanafi juga cukup popular sewaktu di zaman puncak beliau disebabkan ketokohan dan pengetahuan ugama yang mendalam, kepetahan berhujah dan berucap, keupayaan berbicara soal ugama, ahli bahasa yang berpengalaman dan keperibadian yang bersih serta berpendirian tegas telah menonjolkan beliau antara tokoh persilatan Melayu yang disegani oleh kawan dan lawan. Oleh itu ramai berpendapat, Ustaz Hanafi menonjolkan atas kekuatan yang ada pada diri beliau. Beliau diangkat dan diletakkan ke satu tahap yang tinggi atas kegigihan dan keyakinan beliau. Kejayaan yang beliau kecapi adalah selepas beliau berjaya mengharungi rintangan dan cabaran yang hebat. Maka kemanisan hasil dari kejayaan yang dicapai itu adalah kemanisan yang berkekalan hingga ke hari ini. Sebab itu, walaupun Ustaz Hanafi telah tiada, namun roh pendidikan dan ilmu yang ditinggalkan oleh beliau masih bersama kita semua dan di atas hasil didikan beliau jugalah, kita semua dapat memperbaiki diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Ustaz Hanafi merupakan pemimpin agung kepada Silat Cekak. Tiada lagi pemimpin yang sehebat dan setaraf beliau yang dapat dilahirkan oleh pergerakan Silat Cekak. Ustaz Hanafi adalah unik. Hanya satu pemimpin seperti beliau yang dilahirkan bersama Silat Cekak. Tiada sesiapapun yang boleh meniru atau boleh mendabik dada mengatakan sebaliknya. Maka, apabila kita semua bercerita tentang Silat Cekak , nama Ustaz Hanafi akan turut serta. Ustaz Hanafi dan Silat Cekak tidak boleh dipisahkan. Ianya bergerak seiring dan akan kekal begitu untuk tempoh yang amat lama.

Ustaz Hanafi telah banyak berjasa kepada kita semua. Beliau meninggalkan satu warisan yang amat berharga untuk kita sama-sama pelihara. Inilah wasiat dan amanah yang diserahkan kepada kita untuk kita kembangkan dan jaga supaya dapat diwarisi oleh para anak bangsa. Amanah yang beliau tinggalkan adalah untuk generasi sekarang dan akan datang. KITA SEMUA ADALAH PEMEGANG AMANAH TERSEBUT. Kita bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara kesucian warisan yang telah ditinggalkan oleh pemimpin agung Silat Cekak yang kita kasihi. Ilmu yang ditinggalkan kepada kita adalah ilmu untuk mendidik. Mendidik anak bangsa dari yang tidak bagus menjadi bagus, yang tidak elok menjadi elok, yang tidak amanah menjadi amanah, yang tidak siddiq menjadi orang-orang yang bercakap benar dan yang paling penting ilmu yang ditinggalkan adalah untuk mendidik kita supaya dapat menilai dan mengenal diri kita di sisi Allah swt. Apabila kita kenal diri, maka sudah tentu hubungan kita dengan Allah swt menjadi hubungan yang hebat. Hubungan tuan dengan hambaNya.

Setelah berlalu episod duka, kami akan cuba menyiarkan nostalgia tentang Ustaz Hanafi yang bermula dengan siapakah dia Ustaz Hanafi, apakah latarbelakang beliau, apakah pengalaman dan payah jerih beliau untuk mengembangkan silat ini. Mungkin pengalaman dan kegigihan beliau akan menjadi panduan untuk kita menghadapi cabaran seterusnya. Disamping itu, kami akan cuba menyiarkan apakah pendidikan yang telah diterapkan oleh Ustaz Hanafi untuk kebaikan kita bersama. Dan tidak lupa kami akan menyiarkan juga hasil didikan Ustaz Hanafi yang merupakan anak-anak murid beliau yang beliau kasihi. Ada ramai anak murid beliau yang boleh kita kongsi pengalaman mereka. kami akan siarkan seramai yang boleh untuk tatapan kita semua. Kita cuba berkongsi pengalaman dan ambil iktibar serta pengajaran dari cerita-cerita yang dilalui oleh mereka-mereka ini, InsyaAllah.

Thursday, November 13, 2008

Kelas Latihan Mingguan Kini Bermula


Diumumkan bahawa kelas latihan persilatan mingguan akan diadakan pada Rabu hadapan bersamaan 18 November 2008. Sama-samalah kita memeriahkannya..

Butir-butir adalah seperti berikut:
Tempat : Mini Stadium
Masa : 9.00malam-11.00 malam
Tarikh : Bermula pada 19 November 2008 (Rabu)


Datang jangan tak datang...... Datang jangan tak datang............ Datang jangan tak datang~~~~~


Perihal Demo Publisiti (2,3&4 Disember 2008)



Pada 1 Disember ini, pelajr-pelajar Uniten yang mengambil kursus ijazah akan kembali semula ke UNITEN. Bak kata sesetengah pelajar UNITEN "Welcome to the Unitension". Heheheeh...

Jadi jika anda rujuk pada tentatif aktiviti Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Tenaga Nasional, pada 2,3dan 4 Disember 2008 kita akan adakan Demonstrasi Publisiti bagi menarik ahli-ahli baru. Pada 3 hari ini dan 3 minggu berikutnya, kita akan membuka kaunter pengambilan ahli baru.

Jadi dalam langkah pertama ini kami telahpun menyiapkan proposal yang perlu dihantar ke Hal Ehwal Pelajar. Jadi sama-sama kita nantikan pada 3 tarikh keramat ini. Demo akan diadakan di COE foodcourt, Upten(8.00-10.00 malam) dan Coit(membuka kaunter sahaja). Nantikan....................

Siaran Episod Nur Hanafi


Salam semua..

Dalam usaha kami dalam memperkenalkan Pengasas dan Pemimpin Agong Silat Cekak iaitu Almarhum Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad, kami akan mengadakan satu slot berepisod yang akan memaparkan perjalanan hidup YM Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad.

Slot ini akan disiarkan sebanyak 7 episod yang mana kesemua episod ini akan menceritakan perjalanan hidup Ustaz Hanafi dari masa muda beliau sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada 13 Ogos 1986.



Sama-sama kita ikuti kisah ini moga-moga kita mendapat iktibar dari perjalanan hidup Almarhum yang penuh dengan dugaan. Bukanlah mengajar kita untuk taksub, tetapi sebagai mengenal orang yang telah bersusah payah dalam menubuhkan Silat Tauhid ini untuk mendidik anak-anak muda agar lebih beragama.

Wednesday, November 12, 2008

Demo Silat Cekak Hanafi @ Bora Ombak

Ini merupakan Video Demonstrasi Silat Cekak Hanafi pada Majlis Malam Silaturrahim di Bora Ombak.. Demo ni memang ada kelainan sikit dari demo-demo yang lain. So Enjoy~

video

Tuesday, November 11, 2008

Dinner @ Bora Ombak





Salam..

Kitaorang taktau la nak cakap apa dengan orang yang tak gi. Rugi tu memang korang rugi. hehehe.. Tapi takpela. Yang penting kami 10 orang yang hadir ke makan malam tersebut adalah wakil kepada anda semua.

Ceritera malam itu bermula apabila kami berkumpul di masjid selepas solat maghrib. Tunggu Emylia lak sebab lambat. Hehehehehe.. Sian Emylia. Jadi selepas kami bertolak, kami sampai ke Bora Ombak dalam jam 8.20 malam. Jenuh jugak nak mencari meja nombor 33 kitaorang. Ingtkan kat depan stage. Rupa-rupanya hekEleeeeee... Teceruk kat dalam sana.Apa orang lain buat kat luar langsung kitaorang taktau. Tapi takpe. UNITEN punya ahli ni lain sket. Depa memang ske pun di"dipencilkan". Tengok jela gambar-gambar tu. Lansung takde muka sedih dipinggirkan.

Makanan kat sana jangan cakap la. Sedap betul.. Rasa cam dah kenyang tapi still taknak stop gak. Korang beli ABC kat kedai berapa? kat situ kitaorang makan free je beb.






Friday, November 7, 2008

Cekak Hanafi Uniten Diwakili 10 Orang ke Malam Silaturrahim Silat Cekak Hanafi Di Bora Ombak.


Lanjutan dari post yang lepas, sekiranya anda perasan dan pelwat tegar blog ini, kami ada mengiklankan kepada sesiapa yang nak ikut serta ke Malam Silaturrahim Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

Sebagai maklumat baru, kita telah diwakili oleh 10 orang dari Uniten. Thx to Tuan Haji Abu Huzaifah Penyelia Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN yang telah book table untuk kita. Berikut adalah antara indivivu yang turut serta dan butiran majlis:

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 8 Nov 2008
Tempat : Bora Ombak, Ampang
Masa : 8.00 malam
Tema : Santai
Pakaian : Kemas (kecuali jeans & t-shirt)

Aturcata Majlis
8.00 malam : Pendaftaran
8.15 malam : Persembahan 'Selamat Datang'
8.30 malam : Ucapan Pemangku Presiden
9.00 malam : Jamuan Makan...Persembahan Hiburan & Cabutan Bertuah


Senarai Wakil:

1. Tuan Haji Abu Huzaifah
2. Saudara Mohd Hazli bin Zabil (Penasihat Persatuan)
3. Syed Azam Shah (Yang Dipertua)
4. Mohd Azwan Othman (Naib Yang Dipertua)
5. Noor Dayana Ramie (Setiausaha Agung)
6. Shah Aizat Razali (Mantan Yang Dipertua Sesi 2007/2008)
7. Khuratul Aini Ramli (Ahli)
8. Saudara Muhammad Amir (Alumni)
9. Khairul Amran (Exco Kebajikan)
10. Emylia Kamaruzzaman (Naib Bendahari)

Thursday, November 6, 2008

Kehebatan Buah Serang. Usah dinafikan lagi.


Buah Serang. Adalah teknik dimana Silat Cekak mengajar ahlinya bagaimana untuk menyerang. Buah serang adalah perkara yang diajar setelah seseorang ahli Silat Cekak itu telah menjalani ijazah tamat. Dalam ijazah tersebut, ahli akan diijazahkan oleh guru utama dan selepas itu akan dimandikan. Mandi dalam istilah ini ialah mandi silat. Dimana dalam mandi ini tiada ayat yang menyekutukan Allah dan ini sesuai dengan misi Silat Cekak yakni membanteras unsur tahyul dan khurafat dalam Silat melayu.




Berbalik kepada buah serang, serangan yang menggunakan buah serang ini adalah sangat istimewa. Falsafah buah serang ialah “Jika elak pasti kena, dan jika tepis pasti dimakannya.” Faham dengan maksudnya? Bermakna tiada pilihan jika menggunakan buah serang. Istimewanya serangan ini tidak dapat dielak oleh musuh kerana jika elak serangan tetap akan mengenai juga. Begitu juga jika serangan ditepis, musuh pasti akan “dimakan” sekiranya menepis buah serang ini. Untuk pengetahuan para ahli, selain parang lading, Silat Cekak ada lagi satu senjata yang dipanggil “Wali Jantan”. Dimana wali jantan ini dipakai dalam penggunaan buah serang. Jadi renung-renungkanlah impaknya.




P/s: maka rajin-rajinlah datang kelas latihan so korang akan cepat tamat. Boleh dapat buah serang~. Takdela nganga je bila tengok member-member lain dah tamat korang belum. Kah kah kah

Salam cekak.

Nostalgia Demo 40 Tahun.

Hmmm... dah lame kita semua tak tengok demo kan? So kat sini kita coret sikit demo nostalgia 40 tahun yang pernah dibuat. Demo ni memang best. Sebab sangat simple tapi penuh bersemangat dan buah-buah semua mantap dan laju. Pendemo pulak semua betol-betul buat kita semua meremang bulu roma.. wooo.. ENJOY

video

Wednesday, November 5, 2008

Warkah bekas ahli Silat Cekak Hanafi UNITEN


salam. Seperti yang kami pernah tekankan sebelum ini. Anda bebas dan diberi hak untuk bersuara didalam blog ini. Hanya cuma perlu emelkan ucapan dan gambar anda. Kata-kata semangat, cadangan dan kritikan juga boleh disalurkan melalui ruang ini. Kerana kami mengamalkan amalan demokrasi. (hehehe).. Jadi disini ada sedikit coretan dari bekas ahli kita yang telah pun kembali ke kota kelahirannya. Mohd Zahiruddin. Anda juga dialu-alukan untuk menyumbang suara di blog ini. Salam Cekak Hanafi....

Assalamualaikum sume... http://zahir is online. Haha lame xjumpe korang, rindu sangat2, aku kat sini ok je, skarang ni aku ngajar 4 kali seminggu kat UDM (Universiti Darul Iman) & UMT (Universiti Malaysia Terengganu). Alhamdulillah sume berjalan lancar stakat ni. Untuk pengetahuan korang ada 2 kelas ni je kt Terengganu sbb banyak kelas latihan dah tutup disebabkan konflik 'orang atasan' hari tu. So pesanan aku kite sbg orang kat bawah ni buat hal masing2 sudah la, xpayah la nak campur urusan orang lain n jadi fanatik, nanti sume pecah belah. Kepada ahli2 yang training skali dengan aku hari tu termasuk junior2 comel cam firdaus, arafat, firdaus 2, yo, azwan, n sesape je yang pernah training dgn aku aku harap korang dapat teruskan perjuangan utk naikkan balik Cekak Hanafi Uniten, hari tu aku xsempat nak laksanakan, tp aku dapat peluang utk naikkan kat sini. Kepada ahli2 baru yang aku xkenal pesanan aku same cam pesanan Azam, blajar sampai tamat, kalau xtamat jgn berani nak kutuk atau persoalkan kehebatan Cekak Hanafi, memang r pelajaran mula2 membosankan especially buah jatuh, tp nanti bile dah sampai peringkat rahsia memang best. Jom!! Ramai2 kite bersilat!! Kepada kawan2 yang same batch dgn aku atau lagi senior cam Luqman, Fadhly, Azwan, Allin, Kei, Along, Hafiz, Hakim, Pejo, Ciput, Ayie n sesape je la aku ucapkan selamat maju jaya, jom kite naikkan balik Cekak Hanafi. Hehe kalau ada mase masukla kat blog baru aku www.zahir-turion.blogspot.com . Be free to comment haha.. Sempena musim cuti ni jaga keselamatan dan kesihatan. Lakukan aktiviti2 yang berfaedah cam men cs haha.. Bak kata Abg Abu : "manusia dieberi masa 24 jam..... ......". Hehe yang selebihnya sambung sendiri... Salam rindu dari Zahir. Selamat maju jaya. Hidup Cekak Hanafi!!!

Tuesday, November 4, 2008

Perkhidmatan SMS Silat Cekak Hanafi




Ini ada sedikit pengumuman dari pihak Pusat. Kami di Uniten sekadar membantu menyebarkan kepada ahli.

P/S:Gambar sekadar hiasan

Assalamu'alaikum w.b.t.

Tuan/puan,

Makluman kepada :

Ahli MMT
Ahli LPT
Ahli MMK
Wakil LPT
Penyelia Kelas
Jurulatih &
Pembantu Jurulatih

Perkhidmatan SMS-SCH akan kembali beroperasi bermula Februari 2008 yang terdiri drp Kata-kata Hikmat, makluman berkenaan aktiviti persatuan dan Pendaftaran Ahli Baru.

Tuan/puan dikehendaki mendaftar mengikut kumpulan ahli seperti di atas bagi mendapatkan maklumat mengenai aktiviti persatuan. Sekiranya tuan/puan adalah ahli kepada beberapa kumpulan, sila rujuk panduan di bawah.

Kata-kata Hikmat akan dihantar setiap hari Jumaaf (tarikh mula akan dimaklumkan kemudian)


Panduan Pendaftaran :

1. Pendaftaran Kata-kata Hikmat, taip REG SCHKH & hantar ke
33733; caj RM1/setiap mesej diterima.

2. Pendaftaran Kumpulan, taip REG SCHGRP
KOD_KUMPULAN & hantar ke 33733; caj RM0.30/setiap mesej
diterima. Contoh: REG SCHGRP PJL

3. Kod Kumpulan adalah seperti berikut:
MMT, MMK, LPT, WLPT (Wakil LPT) , PK (Penyelia Kelas), JL
(Jurulatih), PJL(Pembantu Jurulatih)

4. Sekiranya telah mendaftar salah satu kumpulan, ahli boleh mendaftar
kumpulan lain dengan menaip, JOIN KOD_KUMPULAN &
hantar ke 33733; caj RM0.30/setiap mesej diterima.
Contoh: JOIN PK.

5. Pendaftaran Ahli Baru, taip SCH DAFTAR NAMA*NEGERI
& hantar ke 33733; caj RM0.50/setiap mesej diterima.
Contoh: SCH DAFTAR Mohd Zaid*Selangor
Untuk orang awam yang ingin belajar SCH sahaja.




p/s: Sila sebarkan maklumat ini kepada ahli yang terlibat. Maklumat ini juga akan dimasukkan dalam laman web persatuan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi saya di talian 03-41083813/017-2528721.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas
W.Saliha W.Husin
22 Feb 2008

Saturday, November 1, 2008

Selamat Kembali kepada Ahli-Ahli Asas.




Selamat kembali kami ucapkan kepada ahli-ahli asas kami yang baru pulang bercuti dari kampung. Semoga semanat cekak yang pernah tertanam dalam diri anda masih lagi subur mekar di hati anda semua.


Okeh, sini ada sikit perkembangan mengenai kelas latihan anda. Proposal kelas latihan telahpun dihantar dan sedang dalam pemprosesan. Harap anda semua dapat bersabar. Kalau gian sangat nak trenin ajak la member-member seangkatan trening kat bilik. Jangan ajak pakguard Uniten trening. Kang tak pasal-pasal terkorban pakguard tu terkena buah pertama korang. Dah takde siapa nak jaga pagar Uniten lagi.

So, selalulah jenguk blog so korang dapat tau perkembangan kelas.