Monday, May 18, 2009

JELAJAH DEMO TOUR SILAT CEKAK HANAFI UNITEN EPISOD 2


Episod 2 : Latihan

Untuk melakukan suatu demo mestilah berlatih. Kalau taknak berlatih pun takpe sebenarnya. Tapi nanti tak pasal2 terkeluar buah macam-macam. Maka untuk melancarkan perjalanan demo lebih baiklah merancang dan berpakat dengan baik supaya orang lebih nampak perjalanan demo itu. Kami mula berlatih pada hari selasa. Pada masa itu di MPH Uniten. Tapi yang datang 2 orang je. Laaa.. Nak berlatih apenya??

Masuklah pada hari kedua kami berlatih di Mini Stadium. Kali ni semua datang. Cuma wakil dari UKM sahaja tidak hadir. Memang kami sengaja membiarkan beliau tidak hadir. Beliau akan berlatih pada hari terakhir sebelum kami berdemo keesokan harinya. Beliau yang sudi membantu sudah cukup baik pada kami. Pada hari kedua, NYDP dan Exco persilatan giat mengajar 2 Ahli tamat kita Gerak Hanafi dan Gerak Gemilang. Selepas itu kami menyusun kronologi persembahan dan "jalan ceritanya". Semuanya berjalan lancar.

Masuk Hari ketiga kami berlatih. Kali ini lebih segar dan lebih yakin. Semalamnya kami nampak perjalanan demo. Dan pada hari ketiga ini kami melicinkan perjalanan persembahan. Perkemaskan buah. Dan kembalikab keyakinan. Respon pada hari ketiga cukup positif.






Hari keempat. Merupakan hari kemuncak dalam hari-hari latihan kami. Kerana pada hari ini wakil dari UKM saudara AZANI datang turut berlatih bersama kami. Squad cukup fokus dalam latihan kali ini. Kami semua bertambah yakin untuk menjelang hari esok. Berlatih sekali dengan iringan muzik. Darah mendidih. Semangat squad untuk mewakili Silat Cekak untuk dipertontonkan pada tatapan umum kian kuat. Pada akhir latihan ini, Saudara Azwan memperingatkan kepada semua squad agar datang awal pada keesokan hari dan jangan lambat serta mesti tepati masa. Setelah selesai kami beredar.



No comments: