Tuesday, May 19, 2009

JELAJAH DEMO TOUR SILAT CEKAK HANAFI UNITEN EPISOD 3


Episod 3 : Debaran Bermula

Hari ini 16 mei merupakan penentu bagi segala-gala yang dirancang. Latihan demi latihan telah meyakinkan kami untuk terus melangkah dalam mengembangkan Seni Silat Cekak untuk masyarakat. Kerana mengajak manusia ke arah kebaikan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama.

Seperti yang dirancang. NYDP kita yang turut bekerja sambilan disekolah tersebut sebagai guru ganti menanti kedatangan squad demo yang lain beserta pengiringnya sekali. NYDP samapai ke sekolah seawal jam 7.30 pagi lagi. Tapi seperti yang dijanjikan squad akan datang dalam 8.10 pagi.




Seperti yang dirancang, Squad datang tepat pada masanya. Tiada seorangpun yang terlewat. Alhamdulillah, Kerjasama dan komitmen seperti yang ditunjukkan oleh mereka cukup mengagumkan. Begitu juga dengan member kita dari UKM yang turut bersungguh dalam usaha ini. Kami berkumpul dikantin dan menjamah sedikit minuman untuk mengisi perut. Manakala NYDP pula sibuk kesana kemari untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai guru disitu.






Tepat jam 8.20 pagi squad ke surau dan mula bersiap. Keluar dari surau sahaja ramai kanak-kanak sekolah menjerit kerana terlalu teruja. Begitulah penangan Seni Silat terhadap orang luar. Betapa Seni Silat sangat dikagumi oleh masyarakat sebenarnya.

Kami mula bergerak ke padang. Sekali lagi sorakan yang gemilang kedengaran bila squad mula turun ke padang. Kami mengimbas semula flow demo di tepi padang sehingga ramai kanak-kanak teruja dan memerhatikan gelagat kami.






Detiknya tiba. Squad kami diumumkan untuk melakukan persembahan. Sekali lagi sorakan semangat oleh kanak-kanak kedengan meriuhkan padang. Kami berdemo dengan cukup bersemangat. Sehinggalah kesaat akhir tepukan gemuruh menghiasi penutupan Gerak Gemilang kami.

Akhirnya kami bergambar sedikit sebelum menjamah makanan percuma di kantin sekolah dan mula bersurai.


AKAN DATANG.... VIDEO DEMONSTRASI




No comments: