Monday, March 30, 2009

TV Cekak Hanafi



Sukacita dimaklumkan bahawa persatuan mengalu-alukan mana-mana ahli Silat Cekak Hanafi yang ingin menyiarkan aktiviti masing-masing melalui TV Cekak Hanafi pada saluran TVcekakhanafi di Youtube.

Berikut adalah garis panduan untuk memuatnaik video ke saluran TVcekakhanafi di Youtube.

1. Video yang hendak diletakkan hendaklah:

a. Mempunyai maklumat lengkap tentang aktiviti - (nama program, tarikh, tempat dan penganjur).

b. Memiliki kualiti audio dan video yang elok - (tidak gelap, kabur, dan menganggu tontonan)

c. Tidak mendedahkan ciri-ciri peringkat rahsia dalam pelajaran Silat Cekak Hanafi.

d. Tidak mempunyai unsur-unsur kontroversi atau negatif yang boleh mencemarkan nama baik pergerakan Silat Cekak Hanafi.

e. Berteraskan konsep insan berbudaya.

2. Sekiranya video tersebut menepati semua syarat untuk paparan di saluran TVcekakhanafi di Youtube:

Sila muatnaik video pada mana-mana medium di Internet untuk memudahkan capaian pentadbir saluran TVcekakhanafi dan emelkan pautan video tersebut pada pentadbir TVcekakhanafi di Email TV Cekak Hanafi untuk tujuan ini.
video

Berdaftarlah untuk Kata-kata Hukamah




Perkhidmatan SMS-SCH untuk "Kata-Kata Hukamah" telah diaktifkan semula pada 17 Januari 2009 yang lalu.

Untuk Pendaftaran : Taip REG SCHKH dan hantarkan ke 33733
InsyaAllah, "Kata-Kata Hukamah" diterima setiap hari Jumaat pada jam 2.00 petang.


Caj pendaftaran: RM 1.00

Caj perkhidmatan: RM 1 se SMS

Untuk mendapatkan Kata-Kata Hukamah terdahulu, ia terbuka kepada semua.

Sila taip: KH<>No Minggu, cth: KH 1 & hantar ke 33733.

Caj untuk ahli berdaftar: RM 0.50 se SMS

Caj untuk umum/ahli tidak berdaftar: RM 1.00 se SMS





Kepada sesiapa yang mempunyai masalah mengenai perkhidmatan Kata-Kata Hukamah ini, sila hubungi pejabat persatuan.

Petikan Artikel berguna dari Cekakhanafi.com


Perkataan "Warisan Mutlak" adalah satu perkataan yang sinonim dengan Silat Cekak. Namun berapa ramaikah ahli-ahli Silat Cekak yang memahami perkataan ini. Apa itu "warisan"? Apa itu mutlak? Apa itu warisan mutlak? Apa itu warisan mutlak dalam konteks Silat Cekak? Di samping itu pula, dari mana asal usul timbulnya perkataan ini dalam Silat Cekak? Siapa yang mula-mula menggunakan dan mempromosikan perkataan ini? Bila pula perkataan ini diuar-uarkan di kalangan ahli-ahli dan orang awam?


Sejarah telah merakamkan bahawa orang yang bertanggungjawab menzahirkan perkataan ini adalah Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad sendiri. Dalam satu penulisan, beliau telah menggunakan ungkapan seperti berikut ; "silat cekak adalah satu warisan mutlak bangsa melayu".

Apakah yang sebenar-benarnya dimaksudkan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi dalam ungkapan itu? Yang paling jelas lagi nyata adalah ia menjurus kepada bangsa melayu. Silat Cekak adalah satu warisan mutlak bangsa melayu. Silat Cekak berasal dari semenanjung tanah melayu. Bukan di tanah Jawa, Minangkabau atau mana-mana kawasan di nusantara selain semenanjung tanah melayu.

Kehebatan Silat Cekak sebagai satu silat melayu yang benar-benar asli tidak perlu dipertikaikan. Ia berkembang hebat dan meluas di seluruh pelusuk negara.

Kejayaan Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad menghidupkan kembali satu jenis silat milik bangsa melayu yang hampir pupus adalah satu kejayaan yang sangat besar. Sumbangan ini adalah satu sumbangan yang sangat besar lagi bernilai kepada bangsa melayu.

Sewajarnyalah Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad diberikan anugerah yang setinggi-tingginya kerana jasanya memartabatkan satu warisan mutlak bangsa melayu di negara kita, Malaysia.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "warisan" dan "mutlak"? Mengikut kamus, perkataan warisan bermaksud peninggalan dan "mutlak" pula bermaksud hak eksklusif.

Apa yang penting difahami adalah perkataan "warisan mutlak" ini bermaksud "warisan mutlak bangsa melayu" bukan "warisan mutlak milik mana-mana individu dalam Silat Cekak khususnya guru utama". Maka semua ahli Silat Cekaklah yang mewarisi Silat Cekak ini.

"Warisan Mutlak" ini telah mula diuar-uarkan semasa lagu rasmi Silat Cekak dilancarkan pada tahun 1990 hasil ciptaan Johari Salleh. Beliaulah yang telah memberikan tajuk lagu tersebut dan beliaulah yang telah menuliskan lirik lagu tersebut berdasarkan bahan-bahan yang diberikan kepada beliau.

Melihat kepada lirik lagu ini;

Dengan jiwa yang mulia kita bersatu
Pusaka Melayu dipelihara
Silat Cekak warisan mutlak
Seni kebudayaan kita

Berusaha sentiasa kita bersedia
Diri sendiri perlu dijaga
Silat Cekak warisan mutlak
Mari bersama kita jayakannya

Korus:
Dengan guru yang ada hakikat
Serta amalan syariat
Tambah dengan ilmu makrifat
Munafaatnya sungguh hebat

Penuh azam mencapai matlamat kita
Mempertahankan kedaulatannya
Silat Cekak warisan mutlak
Demi agama, bangsa dan negara

Lagu dan Lirik oleh Johari Salleh (1990)

adalah jelas dan nyata bahawa silat cekak adalah satu warisan mutlak milik bangsa melayu.

Namun korus lagu ini boleh mengundang kontroversi sekiranya ia ditafsirkan berlainan daripada maksud asal. Korus ini harus dibaca bersama dengan pantun cekak yang dinukilkan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad

Sebenar guru ada hakikat
Dikuat pula amalan syari'at
Ditambah pula ilmu ma'arifat
Berpakaian pula dengan isyarat

Adalah menjadi satu fahaman yang songsang sekiranya ia dimaksudkan sebagai setiap guru utama silat cekak memiliki ilmu-ilmu ini secara automatik tanpa mempelajarinya terlebih dahulu.

Selain daripada tafsiran "warisan mulak" seperti yang diulaskan sebelum ini, "warisan mutlak" juga boleh ditafsirkan sebagai satu warisan yang suci lagi menyucikan seperti tafsiran "air mutlak". Ia membawa maksud bahawa Silat Cekak adalah adalah satu warisan yang bersih dan suci daripada unsur-unsur tahyul dan khurafat kerana ia bertunjangkan tauhid. Ia bebas daripada segala ajaran yang sesat lagi menyesatkan dalam konteks ugama Islam yang suci. Dengan kata lain mereka yang telah mempelajari Silat Cekak telah membebaskan diri masing-masing daripada mana-mana seni beladiri yang mempunyai ciri-ciri tahyul dan khurafat.

Apalah ada pada nama "warisan mutlak" ini sekiranya si pengamal apatah lagi sipemimpinnya mengamalkan ilmu tahyul dan khurafat dalam Silat Cekak.

Itulah yang telah terjadi sebagai satu detik hitam pada tahun 1993 yang melibatkan Ishak Itam selaku guru utama Silat Cekak yang menggantikan Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad.

Dengan sendirinya peristiwa itu bercanggah dengan korus lagu "Warisan Mutlak".

Di bawah pergerakan Silat Cekak Hanafi, perkataan "warisan mutlak" telah dinaiktaraf. Lagu rasminya "Peneraju Warisan Mutlak" telah dilahirkan oleh pencipta Johari Salleh pada tahun 1996. Liriknya adalah seperti berikut:-

Penuh kesetiaan dan perpaduan
Kita junjung hasrat semua
Kepada guru, ibu dan bapa
Jasamu tetap dikenang

Kita menjaga keselamatan diri
Penuh semangat yang suci
Dengan asuhan jasmani dan rohani
Itulah amalan kami

Kita bersatu bicara benar
Tindak dengan bijaksana
Silat Cekak Ustaz Hanafi
Peneraju Warisan Mutlak

Kita berani dan beramanah
Mendukung wawasan mulia
Seni budaya pusaka kita
Untuk bangsa agama dan negara

Lirik/Lagu : Johari Salleh (1996)

Adalah jelas lirik ini adalah jauh lebih baik dan jitu berbanding dengan lagu "Warisan Mutlak" sejajar dengan taraf peneraju kerana isi perjuangan dalam Silat Cekak yang diasaskan Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad telah diterangkan secara lebih jelas.

Maka mana-mana ahli Silat Cekak Hanafi yang mempelajari, memahami dan menghayati perjuangan Allahyarham Ustaz Hanafi Hj. Ahmad dalam Silat Cekak Hanafi maka merekalah sebenar-benarnya pewaris warisan mutlak.

Wednesday, March 25, 2009

Selamat Menjalani Final Exam


Selamat Menjalani Peperiksaan Final Kepada Semua Ahli.

Jumpa Disemester akan datang....

Friday, March 20, 2009

Sekitar Demo Open day Uniten 2009

Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam Demostrasi Open Day UNITEN pada Mac 2009. Semoga Squad demo akan meningkat baik dari segi kuantiti dan kualiti pada masa akan datang hendaknya. Hidup Cekak Hanafi!!!





video

Sunday, March 15, 2009

Sekitar Majlis Ijazah Tamat (15 Mac 2009)














Perjumpaan Exco-exco IPT dan Pihak Pusat









Aktiviti ini berjalan pada 15 mac 2009 khas untuk memberi taklimat kepada seluruh IPT di Lembah Klang mengenai perkembangan terbaru dari pihak pusat dan juga memberi peluang kepada IPT-IPT untuk menyatakan perkembangan mereka lepada para hadirin.

Kita juga tidak turut ketinggalan dalam menghadiri perjumapaan tersebut. Persatuan kita diwakili oleh YDP sendiri beserta Naibnya dan Setiausaha Agung deserta Naibnya juga. Bukan mudah untuk kesemua MT ini turun ke “gelanggang” dalam satu masa. Menunjukkan MT ini bersemangat dan serius dalam membangunkan serta mengembangkan Silat Cekak ini di bumi UNITEN.

Kami bertolak pada jam 9.30 pagi dan mesyuarat bermuda pada jam 10.15 pagi dengan dihadiri wakil-wakil dari IPT-IPT yang lain. Majlis dipengerusikan oleh saudara Azwan Yunos dan panel penyampai adalah Tuan Haji Amrahi Haji Buang dan Setiausaha LPT saudara Nor Azlan Shah. Banyak ilmu yang disampaikan dan IPT-IPT juga memberikan buah fikiran dan pertanyaan kepada ahli-ahli lama ini.

Akhirnya kami pulang pada jam 1 petang setelah minum dan shoping sebentar di sana. YDP dan S.U kita pula borona T-shirt Akademi Silat Cekak Hanafi. Jadi lepas ni kalau kita nampak YDP pakai baju Akademi bermakna itu baju baru la tu.

Thursday, March 12, 2009

Laporan Kelas Latihan Terakhir Silat Cekak Hanafi UNITEN



Walaupun kelas terakhir, perjalanan tetap berjalan seperti biasa malah lebih meriah dan lebih ramai lagi yang hadir. Kelas tetap bermula pada pukul 9 malam. Dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan disusuli dengan senaman yang berkurun diamalkan sejak hayat Alamarhum Ustaz Haji Hanafi.

Buah tetap diberikan kepada yang patut mendapat buah. Dalam masa yang sama juga, ujian peringkat pertama dan peringkat kedua dijalankan kepada ahli-ahli yang menunggu masa untuk diijazahkan tamat oleh YM Guru Utama.




Squad demo pula rancak berlatih untuk persediaan mengadakan demo untuk kelas terakhir. Akhirnya kelas berakhir pada jam 11. Kami semua berkumpul dan berborak sementara menunggu demonstrasi dari squad demo kita. Setelah selesai demo, semua dijemput makan dengan diserikan oleh celoteh abang Azlan Shah Abdul Ghafoor kita yang turut turun padang pada malam tersebut.

Monday, March 9, 2009

Kami Bermain Futsal





Pada 8 mac yang baru lalu. Pihak pusat telah menganjurkan Karnival Futsal dan Persatuan kita telah menghantar wakil bagi memeriahkan karnival tersebut. Kita telah menghantar 2 team iaitu team lelaki yang dikenali sebagai Teluk Subang dan team wanita yang dikenali sebagai Uniten-KPTM serikandi.





Perjalanan kami bermula pada jam 8.30 pagi dan sampai disana dalam jam 9 pagi yang pada masa itu match dah pun bermula tapi bukan match kamilah. Akhirnya team lelaki bergelut dengan team dari KL dengan kemenangan 2-1 dan seterusnya menentang pihak UKM dengan seri 1-1.

Bagi team serikandi, satu kejadian aneh berlaku. Mereka telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini. Sungguhpun ramai diantara mereka yang kaki bangku, tetapi amat memeranjatkan mereka dapat mencapai tempat kedua dalam pertandingan.

Lelaki pula hanay sempat ke Quater final dengan kalah 3-1 ditangan Kaki Pangku dari UPM. Mereka ni hebat lain macam. Tercengang juga kami dibuatnya. Pada masa yang sama, sukan rakyat di gelanggang sebelah berlansung dengan meriah dihiasi gelak ketawa dan kekecohan dari Abang Khalid. Nampak macam sukan rakyat lagi menyerlah dari futsal.

Selepas itu kami semua dijemput ke rumah Guru Utama untuk sedikit jamuan disana. Inilah kali pertama kami kesana dan hidangan yang dihidangkan cukup enak sebab semuanya free.

Friday, March 6, 2009

Demo Program Serikandi 3rd Edition



Selalunya kita asyik tengok squad demo je berdemokan? Sampai dah naik muak. So pada 5 mac yang lalu, para serikandi kita telah melakukan demonstrasi mereka sempena Program Serikandi 3rd edition yang dianjurkan oleh Persatuan Pengajian Islam Universiti Tenaga Nasional. Mereka ni training satu malam je. Esoknya terus berdemo. Jomlah kita tengok demo mereka. Comel sungguh mereka berdemo.


video