Sunday, May 31, 2009

Akaun Sumbangan SUCHI


Mesej dari Pusat:

"SALAM... ATAS NAMA PERJUANGAN KITA, MOHON BANTUAN KEWANGAN SEGERA UNTUK TABUNG PERSATUAN.

MASUKKAN KE TABUNG SUCHI CIMB 14310005141058."

Semoga sumbangan saudara saudari akan diterima di sisi Allah.

Thursday, May 28, 2009

JELAJAH DEMO TOUR SILAT CEKAK HANAFI UNITEN EPISOD 5


Episod 5 : Liputan Media

Pada 28 mei 2009.. berita demonstrasi silat cekak hanafi uniten disiarkan ke dalam akhbar Harian Metro. Dalam artikel ini, yang bertajuk "SELAMAT HARI JADI CIKGU" turut diselitkan ada diadakan pertunjukan demonstrasi Silat Cekak Hanafi Uniten. Semoga Silat Cekak Hanafi terus dipandang oleh masyarakat.

Thursday, May 21, 2009

Tuesday, May 19, 2009

JELAJAH DEMO TOUR SILAT CEKAK HANAFI UNITEN EPISOD 3


Episod 3 : Debaran Bermula

Hari ini 16 mei merupakan penentu bagi segala-gala yang dirancang. Latihan demi latihan telah meyakinkan kami untuk terus melangkah dalam mengembangkan Seni Silat Cekak untuk masyarakat. Kerana mengajak manusia ke arah kebaikan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama.

Seperti yang dirancang. NYDP kita yang turut bekerja sambilan disekolah tersebut sebagai guru ganti menanti kedatangan squad demo yang lain beserta pengiringnya sekali. NYDP samapai ke sekolah seawal jam 7.30 pagi lagi. Tapi seperti yang dijanjikan squad akan datang dalam 8.10 pagi.




Seperti yang dirancang, Squad datang tepat pada masanya. Tiada seorangpun yang terlewat. Alhamdulillah, Kerjasama dan komitmen seperti yang ditunjukkan oleh mereka cukup mengagumkan. Begitu juga dengan member kita dari UKM yang turut bersungguh dalam usaha ini. Kami berkumpul dikantin dan menjamah sedikit minuman untuk mengisi perut. Manakala NYDP pula sibuk kesana kemari untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai guru disitu.






Tepat jam 8.20 pagi squad ke surau dan mula bersiap. Keluar dari surau sahaja ramai kanak-kanak sekolah menjerit kerana terlalu teruja. Begitulah penangan Seni Silat terhadap orang luar. Betapa Seni Silat sangat dikagumi oleh masyarakat sebenarnya.

Kami mula bergerak ke padang. Sekali lagi sorakan yang gemilang kedengaran bila squad mula turun ke padang. Kami mengimbas semula flow demo di tepi padang sehingga ramai kanak-kanak teruja dan memerhatikan gelagat kami.






Detiknya tiba. Squad kami diumumkan untuk melakukan persembahan. Sekali lagi sorakan semangat oleh kanak-kanak kedengan meriuhkan padang. Kami berdemo dengan cukup bersemangat. Sehinggalah kesaat akhir tepukan gemuruh menghiasi penutupan Gerak Gemilang kami.

Akhirnya kami bergambar sedikit sebelum menjamah makanan percuma di kantin sekolah dan mula bersurai.


AKAN DATANG.... VIDEO DEMONSTRASI




Monday, May 18, 2009

JELAJAH DEMO TOUR SILAT CEKAK HANAFI UNITEN EPISOD 2


Episod 2 : Latihan

Untuk melakukan suatu demo mestilah berlatih. Kalau taknak berlatih pun takpe sebenarnya. Tapi nanti tak pasal2 terkeluar buah macam-macam. Maka untuk melancarkan perjalanan demo lebih baiklah merancang dan berpakat dengan baik supaya orang lebih nampak perjalanan demo itu. Kami mula berlatih pada hari selasa. Pada masa itu di MPH Uniten. Tapi yang datang 2 orang je. Laaa.. Nak berlatih apenya??

Masuklah pada hari kedua kami berlatih di Mini Stadium. Kali ni semua datang. Cuma wakil dari UKM sahaja tidak hadir. Memang kami sengaja membiarkan beliau tidak hadir. Beliau akan berlatih pada hari terakhir sebelum kami berdemo keesokan harinya. Beliau yang sudi membantu sudah cukup baik pada kami. Pada hari kedua, NYDP dan Exco persilatan giat mengajar 2 Ahli tamat kita Gerak Hanafi dan Gerak Gemilang. Selepas itu kami menyusun kronologi persembahan dan "jalan ceritanya". Semuanya berjalan lancar.

Masuk Hari ketiga kami berlatih. Kali ini lebih segar dan lebih yakin. Semalamnya kami nampak perjalanan demo. Dan pada hari ketiga ini kami melicinkan perjalanan persembahan. Perkemaskan buah. Dan kembalikab keyakinan. Respon pada hari ketiga cukup positif.






Hari keempat. Merupakan hari kemuncak dalam hari-hari latihan kami. Kerana pada hari ini wakil dari UKM saudara AZANI datang turut berlatih bersama kami. Squad cukup fokus dalam latihan kali ini. Kami semua bertambah yakin untuk menjelang hari esok. Berlatih sekali dengan iringan muzik. Darah mendidih. Semangat squad untuk mewakili Silat Cekak untuk dipertontonkan pada tatapan umum kian kuat. Pada akhir latihan ini, Saudara Azwan memperingatkan kepada semua squad agar datang awal pada keesokan hari dan jangan lambat serta mesti tepati masa. Setelah selesai kami beredar.



JELAJAH DEMO TOUR SILAT CEKAK HANAFI UNITEN EPISOD 1



Jelajah Demo Tour Silat Cekak Hanafi UNITEN ke Sekolah Kebangsaan Jalan Empat. Pada 16 mei 2009, seluruh Malaysia akan menyambut Hari Guru. Pada hari ini kita juga tahu banyak aktiviti yang menyeronokkan akan dirancang oleh pihak-pihak sekolah.

Nanti jika orang bertanya apa sumbangan Cekak Hanafi UNITEN terhadap masyarakat dalam mengembangkan silat cekak tinggalan Almarhum Ustaz Hanafi?

Jadi inilah salah satunya usaha kami. Memperkenalkan Silat Cekak Hanafi kepada warga sekolah Jalan Empat Bandar Baru Bangi yang mana pada hari itu juga turut dihadiri oleh para ibu bapa dan masyarakat keliling di sekitar sekolah.Tour ini bermula dengan penghantaran kertas kerja kepada pihak sekolah melalui Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi.

Sebaik sahaja puan guru besar menerima kertas kerja tersebut beliau begitu terperanjat bercampur teruja kerana pada hari guru nanti akan ada satu persembahan silat. Guru-guru lain juga turut teruja kerana perkara ini adalah julung-julung kali berlaku dalam 10 tahun perayaan hari guru mereka.