Tuesday, December 2, 2008

Kelas Latihan Bermula






Salam cekak..

Pada Isnin yang lalu iaitu 1 Disember 2008, Kelas latihan Silat Cekak Hanafi telah pun bermula... Walaupun pada malam itu kita agak bergelap disebabkan masalah teknikal, kelas kita tetap meriah kerana turut dihadiri oleh Alumni-alumni yang pernah menerajui Persatuan kita pada suatu masa dahulu.

Pada malam tersebut, kelas tetap berjalan seperti biasa, dari peringkat asas, jatuh hinggalah tamat. Semuanya enjoy berlatih di peringkat masing-masing. Tidak ketinggalan juga ada yang berlatih buah umum bagi mengahadapi persiapan Sijil Rendah Persilatan (walaupun ditunda, kah kah kah).






Terima kasih banyak-banyak juga kepada alumni dan senior final year yang sudi turun walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Kami juga memaparkan koleksi foto pada malam tersebut.




No comments: