Thursday, December 4, 2008

Mesyuarat Exco Kali Kedua.






Dalam Mesyuarat kali ini (4 Disember 2008 jam 9.00 malam bertempat di BILIK PERSATUAN blok BM, UNITEN), Exco-exco dipanggil sekali lagi untuk membincangkan perkara-perkara yang telah dibincangkan pada mesyuarat kali yang pertama. Dalam mesyuarat kali ini, umumnya pada mesyuarat kali ini, lebih banyak membincangkan hala tuju persatuan pada tahun ini.

Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab Alfatihah dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Tenaga Nasional.

Antara perkara yang dibincangkan ialah:
1. Semakan tugasan yang telah diarahkan pada exco-exco.
2. Perbincangan mengenai persediaan Mini Bazar untuk pengambilan ahli-ahli baru.
3. Perancangan untuk akitiviti yang akan datang.
4. Mengambil gambar untuk penghasilan carta organisasi





Selepas perbincangan selesai, sesi mengambil gambar pun dimulakan. Pada sesi memang agak meriah juga. Kalau lihat dengan gelagat mereka semasa menunggu giliran, ada yang siap bersilat lagi kat belakang tu. Saja isi masa lapang kot.

Selepas sesi bergambar, ramai-ramai mereka bergerak ke UPTEN untuk menurunkan Banner pengambilan ahli baru yang dah lama tak diturunkan. Ingatkan nak turunkan banner je, Mereka sambung pulak bincang tentang MINI BAZAR kat situ. Bolehlah. Janji mereka ada semangat.


2 comments:

Anonymous said...

aiya.. ada entiti asing yang bukan exco lah disitu..

Anonymous said...

hahaha... sape la agknye tu (wan)