Saturday, October 11, 2008

Ustaz Hanafi dalam kenangan




Siapa Ustaz Hanafi? Kita belajar Silat Cekak Hanafi tapi adakah kita benar-benar kenal Ustaz Hanafi? Kenapa kita namakan Silat Cekak Hanafi? Sebab semasa Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz hanafi Malaysia ditubuhkan pada 1993, Ahli-ahli lama berpendapat "Cekak itu Hanafi dan Hanafi itu Cekak". Bukan kita taksub dengan Ustaz hanafi. Tapi itulah dia. Ustaz Hanafi dan Silat Cekak tidak dapat dipisahkan. Kita harus sedar jerih perih Ustaz semasa ingin memperkembangkan silat ini.




Beliau pernah menumpang lori dari Kedah ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mengembangkan Silat Cekak. Pernah difitnah dengan perempuan, pernah dikhianati oleh anak murid sendiri. Pernah cuba dibunuh oleh anak murid sendiri. Macam-macam dugaan yang ditempuhi.




Bagaimana Ustaz bersilat? Orang-orang lama mengatakan Ustaz bongkok sedikit bila bersilat sebab mudah buat buah dengan laju. Semasa menyerang pula Ustaz letak tangan kiri yang tidak menyerang ke perut agar mudah untuk potong. Agak menarik bila kita kenal guru kita walaupun Beliau dah tiada. "Bagaimana kita nak mengasihi Nabi kita kalau ibubapa yang didepan mata kita pun kita tak kasih". Itulah antara pesanan Ustaz kepada kita.





1 comment:

kei said...

same2 la kite mendukung warisan yang ditinggalkan Allahyarham ustaz..sape lg klu bkn kite yg nk dukung silat..